Resipi Turun-TemurunBarangkali ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsia keenakan nasi beriani JM Bariani House sehinggakan makan nasinya sahaja sudah cukup sedap.
By Rosmarlinda Kamarudinkesempatan menemubual Pengarah JM Bariani House, Zulkarnain Mustapa merupakan peluang yang ditunggu-tunggu untuk mempelajari petua penyediaan nasi beriani yang enak. Rahsianya, pada rempah ratus yang diadun secara tradisional yang didatangkan khas dari Johor, selain pengunaan beras basmati yang bermutu tinggi. JM yang bermaksud Jamilah Mustapa, adalah ibu dan ayahnya yang merupakan orang yang mencipta serta mengadun resipi beriani ini sejak dari turun-temurun.
Bermula dari tahun 1983, JM Bariania diusahakan secara katering kecil-kecilan di rumah. Sejak itulah resipi keluarga Jamilah dan Mustapa mendapat sambutan hangat dan perniagaannya mula berkembang dari mulut ke mulut. Sehinggalah lahirnya JM Bariani House di Subang Jaya pada tahun 1994.
Biarpun ada mengatakn nasi beriani di sini agak mahal jika dibandingkan nasi beriani lain, Zulkarnain mempunyai alasan tersendiri. "Kami menggunakan rempah raus yang segar dan terbaik di Malaysia. Bahan-bahan mentah yang berkualiti dan resipi tersendiri yang tidak boleh dapat di mana-mana kecuali di JM Bariani. Jika kurang rempahnya, kuranglah juga rasanya dan kuranglah juga harganya. Rasanya tidak mahal, satu set hidangan nasi beriani dijual pada harga RM9.50, bukan sahaja mengenyangkan malahan anda akan berpuas hati. Tetapi jika ada yang masih mengatakan ia mahal, itu terpulang kepada individu itu sendiri," ujarnya mengakhiri perbualan sambil bersoloroh.
Operasi perniagaanya bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga pukul 10.00 malam dan boleh menempatkan sehingga 100 orang di dalam satu mas. Harga bagi satu set hidangan nasi beriani ayam atau daging pada kadar RM9.50 sepinggan. Manakala hidangan nasi beriani kambing RM10.50 sepinggan. Hidangan nasi beriani gam ayam hanya dijual pada hari Rabu pada harga RM11.50 dan nasi beriani gam kambing pula dijual pada hari Sabtu pada harga RM12.50
Ditanya megenai perbezaan di antara nasi beriani biasa dengan nasi beriani gam, jelas Zulkarnain is mempunyai banyak perbezaan. Nasi beriani gam ayam misalnya, penyediaannya agak sedikit rumit dan memerlukan ia dimasak secara berperingkat. Ini kerana ayam itu akan diadunkan bersama rempah ratus serta dimasak sekali bersama nasi beriani dan prosesnya memerlukan kepakaran. Menurutnya lagi, nasi beriani gam ayam sering mendapat permintaan yang tinggi pada setiap hari rabu.
Di atas dorongan, kesungguhan dan berkat kesabaran mengusahakan perniagaan nasi beriani ini akhirnya JM Bariani melebrakan empayar dengan membuka dua lagi cawangan JM Bariani House di Tesco Ampang dan Tesco Shah Alam.
Meskipun masih baru di kedua-dua lokasi ini, ia tetap mendapat sambutan. "Rangkaian perniagaan ini akan terus berkembang dan kini kami dalam usaha untuk membuka lebih banyak cawangan di masa akan datang," tegas Zulkarnain yang turut dibantu oleh dua orang adik-beradiknya yang lain menguruskan perniagaan keluarganya ini.