HARMONI
Santapan Istimewa di JM Bariani House

Hidangan nasi beriani tak lapuk dek zaman. Selain menjadi hidangan eksklusif di majlis perkahwinan sejak turun-menurun, nasi beriani kini semakin popular di kalangan masyarakat di negara ini. Namun bukan sembarangan orang arif memasak nasi beriani kerana hanya mereka yang benar-benar pakar sahaja mampu menyajikan nasi beriani yang enak dan lazat. Keluaran kali ini, Harmoni berkesempatan menyediakan resipi istimewa daripada JM Beriani House.